Monday 15 August 2011

Keyakinan Diri~~

Dimanakah keyakinan diri anda?Macam mana kita nk yakinkan diri?Selalu merasa kurang yakin dengan melakukan sesuatu.Aku pown kadang2 teragak-agak gak..Boleh ke aku lalukannya?Inilah pertanyaan yg slalu timbul dalam diri kita.Apa itu keyakinan.?Menurut Ranjit Singh Malhi,keyakinan diri adalah satu kepercayaan yang kukuh terhadap keupayaan,kebolehan dan kemampuan diri sendiri untuk mecapai cita-cita tertentu.
Sebenarnya konsep keyakinan ini telah kita miliki dan menggunakan sepenuhnya semasa kita mula2 hendak belajar berdiri dan berjalan.Keyakinan diri adlah merupakan sesuatu yang tumbuh dalam diri secara beransur ansur.Dalam proses belajar berjalan kita bermula dengan terbalikan badan.Apabila kita mula meniarap,seterusnya mula mengesot,merangkak dan seterusnya kita mula berdiri dan berjalan setapak demi setapak dan pada waktu itu kita sering kali tersungkur dan terjatuh.Namun kita tidak pernah berputus asa.Kita terus bangkit,mencuba dan terus mencuba dan akhirnye kita dengan megahnye boleh berjalan malah boleh berlari dan melompat.Sungguh hebat.AYUH BANGKIT!!!!

No comments:

Post a Comment